Friday, 3 June 2016


INSPIRASI DARI OWNER SUGARSCARF, EYQA SULAIMAN

Malam ini nak share apa yang dikongsi oleh owner Sugarscarf, Eyqa Sulaiman di Millionaire Marketing Mastery.
.
Pertama, Eyqa Sulaiman ada buat JV dengan owner Bella Ammara untuk mengeluarkan produk kosmetik, Sugarbelle Cosmectic. Oleh kerana nak kekal fokus, beliau sekarang adalah share holder untuk jenama tersebut sahaja. Keyword ialah FOCUS. Forget Other Commitment Until Success. 
.
Kedua, untuk Sugarscarf , beliau limitkan customernya. Biar market kecil, asalkan dapat customer yang berkualiti dan akhirnya menjadi raving fan pada produknya.
.
Ketiga, sentiasa buat survey pada customer. Tidak boleh suka-suka design tudung. Ada yang market eksklusif, tidak suka orang lain beli benda yang sama. Jadi keluaran akan sentiasa limited agar kekal eksklusif.
.
Keempat, sentiasa unik dan mempunyai identiti sendiri. Ini membuat orang tertarik dan setia dengan produk anda.
.
Kelima, sentiasa belai/ pampered customer anda. Bagi cash reward/voucher untuk menunjukkan anda menghargai mereka. 

. 
5 perkara ini boleh diaplikasi untuk perniagaan kita. 


#NoorHazaida
#FounderGardenOfZaira

No comments:

Post a Comment